PENGENALAN
Rukun Negara Jawi: روکون نݢارا ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman di dalam negara. Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, anutan agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, kepelbagaian budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangunkan sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
GAMBAR NEGARA MALAYSIA SELEPAS MERDEKA
1. Huraikan maksud Rukun negara
Keamanan yang berlaku di Negara Malaysia adalah disebabkan oleh wujudnya Rukun Negara. Hal ini merupakan sebuah pendukung kepada penyatuan seluruh rakyat di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Terdapat 5 prinsip Rukun Negara antaranya ialah :
Kepercayaan Kepada Tuhan
- Rakyat di negara ini telah menjadikan agama sebagai pegangan utama mereka.
- Hal ini dapat membentuk peribadi yang penuh dengan nilai-nilai murni dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan negara sendiri seperti tidak melakukan jenayah atau kejahatan.
- Diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
- Agama Islam merupakan agama rasmi menurut Perlembagaan Persekutuan.
- Tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman.
- Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama disebabkan oleh ketiadaan agama atau kepercayaan kukuh terhadapnya akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan negara .
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
- Sistem beraja juga telah diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
- Hal ini adalah berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
- Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat.
- Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan negara yang tertinggi.
- Berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara Malaysia.
- Prinsip ini sangatlah menekankan bahawa rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
- Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
- Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
- Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini.
Kedaulatan Undang - Undang
- Undang-undang negara adalah berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya
- Hal ini perlu diterima serta dipertahankan
- Setiap rakyat di Malaysia mempunyai taraf yang sama mengikut undang-undang negara.
- Hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil sekiranya tiada undang-undang
- Perkara ini menuntut kita untuk sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya
- Menerusi kewujudan undang-undang juga, ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan
Kesopanan dan Kesusilaan
- Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat.
- Kesopanan dan kesusilaan adalah penting untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain
- Hal ini dapat memelihara perilaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
- Sifat individu yang bersopan santun adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini


Tiada ulasan:
Catat Ulasan