Isnin, 22 April 2024

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

 AHLI KUMPULAN :

MUHAMAD ZULHAFIZ BIN MOHAMAD

04DKM21F1998

DKM6B




ALIA MAISARAH BINTI MAT NAWI

04DKM21F2003

DKM5A









NURUL HUDA AKMA BINTI MOHD AZIZ

04DKM21F2005

DKM5A






RUKUN NEGARA MALAYSIA

PENGENALAN

Rukun Negara Jawi: ‏روکون نݢارا‎‎ ialah sebuah ideologi yang telah menjadi teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman di dalam negara. Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum, anutan agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, kepelbagaian budaya dan adat resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangunkan sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.


 GAMBAR NEGARA MALAYSIA SEBELUM MERDEKA









GAMBAR NEGARA MALAYSIA SELEPAS MERDEKA









1.    Huraikan maksud Rukun negara

     Keamanan yang berlaku di Negara Malaysia adalah disebabkan oleh wujudnya Rukun Negara. Hal ini merupakan sebuah pendukung kepada penyatuan seluruh rakyat di Malaysia. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi memastikan kejayaan dan kestabilan Malaysia.


Terdapat 5 prinsip Rukun Negara antaranya ialah :

Kepercayaan Kepada Tuhan

-  Rakyat di negara ini telah menjadikan agama sebagai pegangan utama mereka.

-  Hal ini dapat membentuk peribadi yang penuh dengan nilai-nilai murni dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan negara sendiri seperti tidak melakukan jenayah atau kejahatan.

-  Diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

-  Agama Islam merupakan agama rasmi menurut Perlembagaan Persekutuan.

-  Tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. 

-  Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama disebabkan oleh ketiadaan agama atau kepercayaan kukuh terhadapnya akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan negara .


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 

-    Bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

-    Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah   negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

-    Sistem beraja juga telah diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang  tidak beraja.

-    Hal ini adalah berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

-    Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat.

-    Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Keluhuran Perlembagaan 

-    Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan negara yang tertinggi.

-    Berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara Malaysia.

-    Prinsip ini sangatlah menekankan bahawa rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

-   Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

-    Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.

-    Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini.


Kedaulatan Undang - Undang

-    Undang-undang negara adalah berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya

-    Hal ini perlu diterima serta dipertahankan

-    Setiap rakyat di Malaysia mempunyai taraf yang sama mengikut undang-undang negara.

-    Hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil sekiranya tiada undang-undang

-    Perkara ini menuntut kita untuk sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya 

-    Menerusi  kewujudan undang-undang juga,  ianya akan menjamin kehidupan anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan


Kesopanan dan Kesusilaan

-    Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat.

-    Kesopanan dan kesusilaan adalah penting untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain

-   Hal ini dapat memelihara perilaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

-   Sifat individu yang bersopan santun adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini


IKRAR RUKUN NEGARA



VIDEO IKRAR
 

LANGKAH - LANGKAH MENERAPKAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

 Terangkan 3 langkah bagi menerapkan penghayatan Rukun Negara bagi setiap golongan Masyarakat :

1.  Mengadakan Kempen Kesedaran

-  Untuk menanamkan dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu

-  Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’ 


2.  Peranan Media Massa

-  Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan 

-  Program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara

-  Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan artikel mengenai kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara


3.  Peranan Kerajaan

-  Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.

-  Kerajaan boleh mengambil iniasiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.

-  Contohnya: dengan menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’.

CONTOH TINDAKAN MELANGGAR PRINSIP RUKUN NEGARA

 Terangkan contoh tindakan yang dianggap melanggar Prinsip Rukun Negara:

1.    Propaganda yang menghasut kebencian antara kaum atau agama: Melakukan tindakan yang secara terang-terangan memprovokasi atau menghasut kebencian antara kelompok etnis atau agama bertentangan dengan prinsip keharmonian dalam Rukun Negara.

2.    Diskriminasi rasial atau keagamaan: Memberlakukan diskriminasi atau perlakuan tidak adil terhadap individu atau kelompok berdasarkan ras, agama, atau asal-usul etnis. Hal ini melanggar prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara.

3.    Menyebarkan fitnah atau informasi palsu yang mengganggu perpaduan nasional: Menyebarluaskan informasi palsu atau fitnah yang bertujuan untuk memecah belah masyarakat atau merusak persatuan nasional merupakan pelanggaran terhadap prinsip kesejahteraan sosial dalam Rukun Negara.

Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan semangat persatuan dan keharmonian yang menjadi landasan Rukun Negara, dan berpotensi merosakkan kestabilan dan keamanan negara. Oleh karena itu, penting untuk mendorong dan memperkuat pemahaman serta pengamalan nilai-nilai Rukun Negara dalam kehidupan bermasyarakat dan berbangsa.


RUMUSAN

 

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.

Kesimpulannya melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

RUJUKAN

  •  https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara#:~:text=Rukun%20Negara%20Jawi%3A%20%E2%80%8F%D8%B1%D9%88%DA%A9%D9%88%D9%86,dan%20ketenteraman%20di%20dalam%20negara
  • https://juhaimimajid.blogspot.com/2017/09/kemunculan-gerakan-persatuan-kelab-dan.html
  • https://news.yahoo.com/malaysia-pm-says-2023-budget-023422190.html
  • https://www.youtube.com/watch?v=-mXlkxRZHmM&pp=ygUMcnVrdW4gbmVnYXJh