Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah
negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama
ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan
ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi
ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu
padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai
satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati
antara satu sama lain.
Kesimpulannya melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu
negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa
dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan
rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih
releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah
penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan
1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan